Wednesday, July 2, 2008

Pengenalan Sudut PPDa

Salam manis adik-adik pelajar sekalian...
Cikgu doakan semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera. Selamat datang ke laman blog cikgu yang terkini, iaitu Semua Tentang PPDa. Apa itu PPDa? PPDa ialah Pendidikan Pencegahan Dadah. Dalam ruangan ini, cikgu harapkan semua adik-adik pelajar akan mendapat informasi yang pelbagai mengenai dadah, baik dari aspek positif mahupun negatif. Adik-adik pelajar juga boleh berkongsi pandangan dan informasi dengan cikgu, samada melalui lama blog ini, ataupun terus berjumpa cikgu di Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling. Cikgu sangat mengalu-alukan kerjasama daripada adik-adik pelajar untuk sama-sama memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam blog ini. Insya Allah, jika ada kesempatan cikgu akan lebarkan lagi sayap blog ini agar mampu menjadi sumber rujuk yang kemas dan sentiasa tampil dengan isu terkini.
Mungkin adik-adik pelajar belum mengetahui, dalam Bilik Bimbingan dan Kaunseling cikgu telah menyediakan satu sudut PPDa...yang lengkap dengan pelbagai maklumat dan dik-adik yang menghadapi masalah mengenai pencegahan dadah boleh terus mendapatkan khidmat bimbingan daripada cikgu...

No comments: